KUALA LUMPUR: Aset Asia terutamanya di negara pesat membangun, dijangka mendapat permintaan pada separuh kedua tahun ini dalam persekitaran dolar AS yang lebih lemah dan jangkaan kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), kata Standard Chartered.
Ketua Pegawai Pelaburan Globalnya Steve Brice berkata ketidaktentuan dalam pasaran global akan mendorong pelabur untuk cenderung beralih kepada aset-aset di Asia memandangkan penilaiannya lebih murah berbanding pasaran yang mahal di AS dan Eropah dan berkemungkinan memberikan hasil tinggi di rantau itu sebanyak 6.6 peratus.
Beliau mengunjurkan hasil bon kerajaan 10 tahun AS merosot antara 3.0 dan 3.25 peratus dalam tempoh 12 bulan dan kemelesetan mungkin melanda negara itu pada suku pertama tahun depan.
"Ini akan menyebabkan Rizab Persekutuan (Fed) AS mengurangkan kadar faedah sekali gus mempengaruhi dolar AS menjadi lemah yang mungkin secara beransur-ansur berpanjangan untuk tempoh enam hingga 12 bulan.
"Secara sejarah, apabila dolar AS melemah, pelaburan menjadi lebih baik secara keseluruhan, begitu juga dengan ekuiti, bon dan emas," katanya.
"Sekiranya dolar AS melemah, ia sepatutnya memberi manfaat kepada aset-aset di Asia," katanya pada sidang media mengenai Prospek Pasaran Global dan Signature CIO Funds Standard Chartered di sini hari ini.
Steve berkata susut nilai dolar AS malam tadi boleh menjadi permulaan kepada momentum yang lemah, dan ia akan membantu mengurangkan tekanan ke atas ringgit dengan ketara, sudah tentu untuk jangka panjang, mungkin juga untuk jangka pendek.
"Sudah pasti saya tidak akan melihat kelemahan ringgit bagi tempoh tiga hingga 12 bulan," katanya.
Indeks Dolar AS berada di bawah paras 101.89 malam tadi.
Selain itu, Steve juga menjangkakan kepelbagaian aset akan mengatasi pendekatan tertumpu pada separuh kedua 2023, peruntukan teras kepada emas, alternatif mudah tunai atau aset persendirian, kelas aset yang terbukti sebelum ini memainkan peranan sebagai pempelbagai portfolio.
"Kita telah melihat beberapa kelemahan datang melalui pasaran, jika kita melihat pada perspektif asas dan ekonomi, pasaran kelihatan dinilai rendah, penurunan kira-kira 16 peratus pada penilaian purata.
"Daripada perspektif itu, ia kelihatan seperti pasaran yang cukup menarik. Malaysia adalah sebahagian daripada Asia tidak termasuk Jepun yang merupakan salah satu wilayah pilihan kami di seluruh dunia," katanya ketika ditanya mengenai pasaran ekuiti Malaysia.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, diseret oleh jualan pada saat akhir dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pengguna.
Indeks penanda aras tempatan berakhir pada paras terendah dalam sehari walaupun terdapat sentimen positif daripada bursa serantau.
Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI merosot 1.83 mata, atau 0.13 peratus kepada 1,396.23 daripada 1,398.06 pada penutupan pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Aset Asia terutamanya di negara pesat membangun, dijangka mendapat permintaan pada separuh kedua tahun ini dalam persekitaran dolar AS yang lebih lemah. - Gambar hiasan
Stability AI dilapor dalam perbincangan jual syarikat
Mengikut laporan, Stability AI telah kerugian lebih $30 juta, dan mempunyai hutang hampir $100 juta dari segi bil untuk membayar pelayan dan sebagainya.
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Tayar pecah punca nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS
Pemandu yang maut dikenal pasti sebagai Hoo Yoon Wah, 61 tahun.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.